Kira-kira 200 bot nelayan mengambil bahagian di dalam pertandingan bot berhias di Sungai Kerang, Bukit Gantang, Perak sempena sambutan Hari Malaysia.<br /><br />Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, idea mengadakan pertandingan itu kerana tidak mahu nelayan berasa terpinggir daripada sebarang aktiviti nasional.